Selasa, 19 Januari 2016

TEMPAT KULTUR INFUSORIA PARAMECIUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,berjumpa semula kita hari ini dalam Blog AmirulBettaFactory.Kali ini Admin nak berkongsi kan cerita tentang tempat Admin kultur Infusoria Paramecium.

Okay,sebenarnya Admin dengar berbagai-bagai cerita dan pendapat tentang Infusoria ini.Admin pun ada buat research dan mengkaji sendiri tentang Infusoria.Macam-macam informasi yang Admin ketahui setelah sekian lama mengkaji Infusoria ni.

Ini gambar Infusoria Paramecium dalam bekas Admin.


Okay,kembali kita semula ke tajuk yang nak di ceritakan iaitu Tempat Kultur Infusoria Paramecium.

Mungkin semua nak tahu di manakah tempat Admin biak dan kultur Infusoria ini.Adakah di tempat yang cerah,ada direct sunlight?atau tempat cahaya lampu?atau tepi tingkap?

JAWAPANNYA ialah DALAM STOR.Dalam tempat yang gelap gelita.Tak perlu cahaya apa-apa langsung.Hahaha.Bagi Admin inilah tempat yang paling sesuai dan available sekali untuk kultur benda halus ni.Kenapa Admin pilih tempat gelap?Haa.Nanti Admin cerita dan bagi sebab.Hihihi.haaa mustahil?apa menipu?hahaa.Tak percaya ke?takpe kite boleh tengok sendiri sumber original dari Admin.




Jom kite sama-sama tengok tempat Admin kultur Infusoria dalam video ini..

Haa.ok semua dah tengok kan video di atas.ok sekarang Admin nak jelaskan kenapa Admin biak kan dalam stor kat tempat gelap dan bukan kat tempat yang cerah seperti di bawah sinaran matahari ataupun tepi tingkap ataupun sekadar di bawah cahaya lampu.


KENAPA?


-dalam stor terlindung dari sinaran semua cahaya.Jadi tidak akan wujud pertumbuhan alga.Kalau ada alga,infusoria lambat untuk membiak kerana terpaksa melawan microoganism lain seperti chlorella,rotifers dan sebagainya.

-bila dikultur dalam stor,air takkan menjadi hijau.Jadi,air tetap menjadi jernih dan colourless.Ia juga akan menyenangkan kita untuk melihat Infusoria didalamnya.


-terlindung daripada serangga luar.Seperti nyamuk,lalat dan sebagainya.


-mencepatkan Infusoria untuk membiak kerana,suhu air sekata dan tidak mudah berubah.Kalau kita biakkan tepi tingkap,mungkin akan terkena cahaya matahari,dan suhu mungkin berubah-ubah.Secara langsung akan menganggu pembiakan Infusoria.


-terlindung dari kepanasan cahaya matahari mahupun sekadar dari cahaya lampu.Kalau kita biakkan dalam keadaan gelap,mampu melindungi Infusoria dari sinaran yang berbahaya.


-Yang terakhir,kesimpulan yang boleh saya katakan,Infusoria lebih banyak akan terhasil dan membiak jika dibiakkan di tempat yang terlindung terus dari mana-mana cahaya..


SEKIAN :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan