Ahad, 17 Januari 2016

MAKANAN UNTUK ANAK IKAN LAGA

Okay,hari ni Admin nak kongsikan kepada semua yang tertanya-tanya.APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK ANAK IKAN LAGA?Lebih-lebih lagi yang berusia 3minggu ke bawah.Mesti ramai yang nak tahu.Ok.dah ramai orang cakap makanan yang sesuai ialah moina/kutu air,microworm,artemia,baby brine shrimp,dan sebagainya.Ye Admin setuju memang semua itu sesuai untuk anak-anak Ikan Laga.

Tapi Admin mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak Ikan Laga .Iaitu Admin memilih AIR PARAMECIUM.

Mesti ramai yang nak tahu apa itu Infusoria paramecium.Okay,Admin akan tunjukkan.Sila lihat gambar dIBAWAH


PARAMECIUM

Ini paramecium yang Admin kultur sendiri.Admin kultur air paramecium ini hanyalah di dalam botol kecil.
Jadi,inilah sebenarnya sumber makanan anak-anak Ikan Laga Admin untuk mereka membesar.Admin hanya beri pada mereka air yang mengandungi paramecium ini 2kali sehari.Iaitu pada waktu pagi sekali dan pada waktu petang sekali.Alhamdulillah semua anak-anak Ikan Laga Admin dapat survive sehingga ke hari ini dan semakin membesar dengan adanya paramecium ini.Untuk pengetahuan anda semua,Admin jarang memberikan anak-anak Ikan Laga dengan kutu air atau moina,kerana musim hujan yang berpanjangan menyebabkan susah untuk mendapatkan moina di sekitar parit.Jadi,pengganti kutu air yang paling ideal bagi Admin ialah Air Paramecium.

Nantikan entri yang seterusnya mengenai Paramecium.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan