Khamis, 21 Januari 2016

KULTUR ULAT PUTIH DARI SERANGGA TERBANG/FRUIT FLIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,kali Admin nak cerita tentang Ulat Sampah.Adakah anda pernah melihatnya sebelum ini?Haa.Nah tengok..
Ulat putih

Jadi itu ulat dari pakcik google..haa.Kalau yang Admin punyer plk.Ni die.Nahh tengok...
Ni Admin kultur sendiri
Haa.Banyak jugak ulat nya kan.Jadi tujuan Admin kultur ulat ni,bukan saje-saje je.Hahaha.Ulat ni,Admin gunakan sebagai makanan kepada ikan laga.Ulat ni pun takdelah besar dan panjang sangat,Jadi Admin pun dah cuba bagi dekat ikan laga Admin.Ikan laga Admin makan aje setakat ni and Ikan-ikan laga Admin,Alhamdulillah sihat walafiat.

Jadi ni antaranya Ulat yang Admin kultur sendiri.Jom tengok...
kultur dalam 2 bekas plastik
Untuk pengetahuan semua,Ulat-ulat ni,sebenarnya akan menjadi serangga terbang kalau kita biarkan saje macam tu.Nanti tunggu beberapa hari,die akan menjadi binatang terbang.Jenis yang Admin kultur ni,bukan daripada lalat,tapi daripada serangga seperti lalat yang dikenali sebagai lalat buah/fruit flies.
kitaran hidup fruit flies
Gambar tu menunjukkan kitaran hidup serangga terbang ni.Jadi semasa die menjadi ulat atau larva,boleh la kite gunekan sebagai makanan ikan.
Pupa
Yang ni bekas Admin punyer.Yang melekat kat dinding dan penutup bekas plastik tu ialah dikenali sebagai Pupa.Yang tu kalau tunggu 2minggu lagi,die akan jadi serangga la tu.Die akan terbang,makan dan membiak kembali.Itulah kitaran hidup die..

Jadi Admin nak kongsikan bagaimana cara nak ternak benda ni..

Syarat-syaratnya :-

-mestilah mempunyai starter ulat ni,atau serangga ni.Biasanya org ambil pupa ni la.Atau ulat ni jadikan starter.Ambilah secara random 10-15 starter.

-mestilah mempunyai bekas.Apa-apa bekas pun tak kisah.Tapi mestilah mempunyai penutup dan buat lubang kecil untuk bagi udara tapi kene letak kapas.Untuk taknak bagi serangga tu lari.Kalau dah terbang kat luar camne die nak buat larva.

-mestilah ada sedikit susu,roti,dan yeast.

-mestilah lembapkan dengan air.Jangan terlalu kering.Biar sederhana bertakung airnya.
susu,yis,dan sedikit cebisan roti.

setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan itu

-mesti campurkan semua dan lembapkan,Ini bertujuan sebagai makanan kepada larva dan serangga.Supaya dapat membesar dan meneruskan kitaran hidup.

Apabila larva sudah mulai merebak dengan banyak.Ambil sedikit larva-larva itu mulakan kultur yang baru di bekas lain supaya dapat menghasilkan kultur baru yang banyak.

Ini video kultur original dari Admin Amirul Shahmi Azhari.JOM LA TENGOK.HAHA







Tiada ulasan:

Catat Ulasan