Isnin, 18 Januari 2016

CARA BAGI INFUSORIA PARAMECIUM KEPADA ANAK IKAN LAGA

Salam sejahtera semua,entri kali ni berkaitan tentang cara untuk memberikan air infusoria paramecium kepada fry yang berusia dalam lingkungan 3minggu ke bawah.

Di atas ada video bagaimana cara Admin beri Air Infusoria Paramecium kepada Anak-Anak Ikan Laga yang tercinta.huhu:-)


Sebelum nak beri mikroorganism ni pada fry,kena ad syarat dulu.Syarat-syaratnya ialah :

  1. Mestilah mempunyai sumber Infusoria.Tak kira jenis Infusoria apa.Paramecium ke Didinium ke atau yang lain2.
  2. Mempunyai Syringe.Selain daripada syringe,boleh jugak guna Turkey Baster.
  3. Mempunyai kebersihan tangan.



Okay,ini Air Infusoria Paramecium,yang dikultur sendiri oleh Admin.

Gambar yang Admin post,mungkin tidak berapa jelas,kalau nak lihat dengan lebih jelas lagi kena zoom dengan lebih dekat lagi.Dia akan nampak seakan-akan,artemia,tetapi berwarna putih kekuningan yang berkelompok.Sekarang ni Admin dah biakkan benda ni ber billion-billion ekor dalam stor dalam macam-macam bekas.Jadi sumber mikro ni banyak la dan cukup untuk anak-anak Ikan Laga Admin.

Admin rasa tak jadi penghalang untuk biakkan Ikan Laga kalau sumber Moina takde.Sebab benda ni lagi senang nak cari dan nak biak.

Ok.ini video yang Admin shoot dekat2.Boleh kut nampak Infusoria Paramecium bergerak-gerak.Jom kite tengok.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan