Khamis, 21 Januari 2016

CARA BAGI ULAT PUTIH PADA IKAN LAGA

Okay sebenarnya Entri kali ni adalah sambungan cerita dalam Blog sebelumnya,iaitu cerita tentang KULTUR ULAT PUTIH ATAU FRUIT FLIES di sini http://amirulbettafactory.blogspot.my/2016/01/kultur-ulat-sampah.html.

Tapi kali ni Admin nak kongsikan cerita bagaimana untuk bagi Ulat Putih kepada Ikan Laga.

Disini Admin ada video bagaimana caranya untuk kita bagi Ulat Putih dekat Ikan Laga.

KULTUR ULAT PUTIH DARI SERANGGA TERBANG/FRUIT FLIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,kali Admin nak cerita tentang Ulat Sampah.Adakah anda pernah melihatnya sebelum ini?Haa.Nah tengok..
Ulat putih

Jadi itu ulat dari pakcik google..haa.Kalau yang Admin punyer plk.Ni die.Nahh tengok...
Ni Admin kultur sendiri
Haa.Banyak jugak ulat nya kan.Jadi tujuan Admin kultur ulat ni,bukan saje-saje je.Hahaha.Ulat ni,Admin gunakan sebagai makanan kepada ikan laga.Ulat ni pun takdelah besar dan panjang sangat,Jadi Admin pun dah cuba bagi dekat ikan laga Admin.Ikan laga Admin makan aje setakat ni and Ikan-ikan laga Admin,Alhamdulillah sihat walafiat.

Jadi ni antaranya Ulat yang Admin kultur sendiri.Jom tengok...
kultur dalam 2 bekas plastik
Untuk pengetahuan semua,Ulat-ulat ni,sebenarnya akan menjadi serangga terbang kalau kita biarkan saje macam tu.Nanti tunggu beberapa hari,die akan menjadi binatang terbang.Jenis yang Admin kultur ni,bukan daripada lalat,tapi daripada serangga seperti lalat yang dikenali sebagai lalat buah/fruit flies.
kitaran hidup fruit flies
Gambar tu menunjukkan kitaran hidup serangga terbang ni.Jadi semasa die menjadi ulat atau larva,boleh la kite gunekan sebagai makanan ikan.
Pupa
Yang ni bekas Admin punyer.Yang melekat kat dinding dan penutup bekas plastik tu ialah dikenali sebagai Pupa.Yang tu kalau tunggu 2minggu lagi,die akan jadi serangga la tu.Die akan terbang,makan dan membiak kembali.Itulah kitaran hidup die..

Jadi Admin nak kongsikan bagaimana cara nak ternak benda ni..

Syarat-syaratnya :-

-mestilah mempunyai starter ulat ni,atau serangga ni.Biasanya org ambil pupa ni la.Atau ulat ni jadikan starter.Ambilah secara random 10-15 starter.

-mestilah mempunyai bekas.Apa-apa bekas pun tak kisah.Tapi mestilah mempunyai penutup dan buat lubang kecil untuk bagi udara tapi kene letak kapas.Untuk taknak bagi serangga tu lari.Kalau dah terbang kat luar camne die nak buat larva.

-mestilah ada sedikit susu,roti,dan yeast.

-mestilah lembapkan dengan air.Jangan terlalu kering.Biar sederhana bertakung airnya.
susu,yis,dan sedikit cebisan roti.

setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan itu

-mesti campurkan semua dan lembapkan,Ini bertujuan sebagai makanan kepada larva dan serangga.Supaya dapat membesar dan meneruskan kitaran hidup.

Apabila larva sudah mulai merebak dengan banyak.Ambil sedikit larva-larva itu mulakan kultur yang baru di bekas lain supaya dapat menghasilkan kultur baru yang banyak.

Ini video kultur original dari Admin Amirul Shahmi Azhari.JOM LA TENGOK.HAHA







Rabu, 20 Januari 2016

CARA BIAK IKAN LAGA

Kali ini,Admin akan kongiskan cerita tentang cara untuk kita biak ikan laga.Admin akan jelaskan cara satu persatu untuk biak ikan laga dengan berjaya..:-)

Okay,untuk membiakkan Ikan Laga,kene ada syarat-syarat tertentu.
Syarat-syaratnya ialah :-

-mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seekor Induk Ikan Laga Jantan dan betina.
ikan laga jantan
ikan laga betina
-mestilah mempunyai induk yang sihat dan matang.
-mempunyai bekas atau tempat untuk dijadikan tempat ikan laga mengawan(bekas yang sesuai.tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil)

-mempunyai cawan polisterene yang sudah dibelah 2.

-kalau ada daun ketapang kering lagi baik.kalau takde takpe.kite boleh gantikan dengan daun pisang yang sudah kering.Daun ni untuk campurkan dalam air.Air daun ketapang banyak khasiat.

-kalau ada pokok hidup seperti kiambang atau kangkung liar pun ok jugak.kalau takde takpelah.

-mempunyai botol atau bekas kecil untuk mengisi ikan laga betina.

Okay kalau dah ada semua yang diperlukan di atas barulah boleh pergi ke step yang seterusnya..
Step seterusnya ialah :-

-masukkan air tapis atau air yang sudak tiada klorin kedalam bekas atau akuarium yang telah dipilih untuk dijadikan tempat ikan laga mengawan.Sukatan air tidak perlu terlalu penuh sampai ke permukaan akuarium.Sebaliknya air hanyalah diisi lebih kurang separuh akuarium.

-kemudian masukkan daun ketapang kering dan daun pisang kering kalau ada.Kalau tiada tidak mengapa.

-masukkan pokok kiambang atau pokok hidup yang lain kalau ada.Kalau tiada tak mengapa.

-masukkan seekor induk jantan ke dalam bekas atau akuarium yang telah dipilih untuk dijadikan tempat mengawan itu.

-kemudian,masukkan seekor induk betina dalam botol kaca.

-kemudian letakkan botol kaca yang berisi kan induk betina itu supaya berada di dalam bekas atau akuarium induk jantan.Ini dibuat supaya untuk memudahkan si jantan lebih mengenali si betina terlebih dahulu.Jadi si jantan tidak dapat menyerang si betina sesuka hati atau pun bertindak agresif terhadap si betina.

-biarkan 2,3 hari si jantan mengenali si betina.Biarkan si jantan membuat buih dulu di bawah polistrin dan berikan makanan yang cukup kepada mereka.Biar mereka ada tenaga yang cukup untuk mengawan.

-setelah itu,kita campurkan si betina tadi ke dalam akuarium atau bekas si jantan itu setelah sesi perkenalan tamat.
ikan laga jantan dan betina sedia mengawan setelah selesai berkenal-kenalan

Ini video setelah ikan jantan dan betina mula-mula dicampurkan bersama.

















Selasa, 19 Januari 2016

TEMPAT KULTUR INFUSORIA PARAMECIUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,berjumpa semula kita hari ini dalam Blog AmirulBettaFactory.Kali ini Admin nak berkongsi kan cerita tentang tempat Admin kultur Infusoria Paramecium.

Okay,sebenarnya Admin dengar berbagai-bagai cerita dan pendapat tentang Infusoria ini.Admin pun ada buat research dan mengkaji sendiri tentang Infusoria.Macam-macam informasi yang Admin ketahui setelah sekian lama mengkaji Infusoria ni.

Ini gambar Infusoria Paramecium dalam bekas Admin.


Okay,kembali kita semula ke tajuk yang nak di ceritakan iaitu Tempat Kultur Infusoria Paramecium.

Mungkin semua nak tahu di manakah tempat Admin biak dan kultur Infusoria ini.Adakah di tempat yang cerah,ada direct sunlight?atau tempat cahaya lampu?atau tepi tingkap?

JAWAPANNYA ialah DALAM STOR.Dalam tempat yang gelap gelita.Tak perlu cahaya apa-apa langsung.Hahaha.Bagi Admin inilah tempat yang paling sesuai dan available sekali untuk kultur benda halus ni.Kenapa Admin pilih tempat gelap?Haa.Nanti Admin cerita dan bagi sebab.Hihihi.haaa mustahil?apa menipu?hahaa.Tak percaya ke?takpe kite boleh tengok sendiri sumber original dari Admin.




Jom kite sama-sama tengok tempat Admin kultur Infusoria dalam video ini..

Haa.ok semua dah tengok kan video di atas.ok sekarang Admin nak jelaskan kenapa Admin biak kan dalam stor kat tempat gelap dan bukan kat tempat yang cerah seperti di bawah sinaran matahari ataupun tepi tingkap ataupun sekadar di bawah cahaya lampu.


KENAPA?


-dalam stor terlindung dari sinaran semua cahaya.Jadi tidak akan wujud pertumbuhan alga.Kalau ada alga,infusoria lambat untuk membiak kerana terpaksa melawan microoganism lain seperti chlorella,rotifers dan sebagainya.

-bila dikultur dalam stor,air takkan menjadi hijau.Jadi,air tetap menjadi jernih dan colourless.Ia juga akan menyenangkan kita untuk melihat Infusoria didalamnya.


-terlindung daripada serangga luar.Seperti nyamuk,lalat dan sebagainya.


-mencepatkan Infusoria untuk membiak kerana,suhu air sekata dan tidak mudah berubah.Kalau kita biakkan tepi tingkap,mungkin akan terkena cahaya matahari,dan suhu mungkin berubah-ubah.Secara langsung akan menganggu pembiakan Infusoria.


-terlindung dari kepanasan cahaya matahari mahupun sekadar dari cahaya lampu.Kalau kita biakkan dalam keadaan gelap,mampu melindungi Infusoria dari sinaran yang berbahaya.


-Yang terakhir,kesimpulan yang boleh saya katakan,Infusoria lebih banyak akan terhasil dan membiak jika dibiakkan di tempat yang terlindung terus dari mana-mana cahaya..


SEKIAN :-)


Isnin, 18 Januari 2016

CARA BAGI INFUSORIA PARAMECIUM KEPADA ANAK IKAN LAGA

Salam sejahtera semua,entri kali ni berkaitan tentang cara untuk memberikan air infusoria paramecium kepada fry yang berusia dalam lingkungan 3minggu ke bawah.

Di atas ada video bagaimana cara Admin beri Air Infusoria Paramecium kepada Anak-Anak Ikan Laga yang tercinta.huhu:-)


Sebelum nak beri mikroorganism ni pada fry,kena ad syarat dulu.Syarat-syaratnya ialah :

  1. Mestilah mempunyai sumber Infusoria.Tak kira jenis Infusoria apa.Paramecium ke Didinium ke atau yang lain2.
  2. Mempunyai Syringe.Selain daripada syringe,boleh jugak guna Turkey Baster.
  3. Mempunyai kebersihan tangan.



Okay,ini Air Infusoria Paramecium,yang dikultur sendiri oleh Admin.

Gambar yang Admin post,mungkin tidak berapa jelas,kalau nak lihat dengan lebih jelas lagi kena zoom dengan lebih dekat lagi.Dia akan nampak seakan-akan,artemia,tetapi berwarna putih kekuningan yang berkelompok.Sekarang ni Admin dah biakkan benda ni ber billion-billion ekor dalam stor dalam macam-macam bekas.Jadi sumber mikro ni banyak la dan cukup untuk anak-anak Ikan Laga Admin.

Admin rasa tak jadi penghalang untuk biakkan Ikan Laga kalau sumber Moina takde.Sebab benda ni lagi senang nak cari dan nak biak.

Ok.ini video yang Admin shoot dekat2.Boleh kut nampak Infusoria Paramecium bergerak-gerak.Jom kite tengok.



Ahad, 17 Januari 2016

MAKANAN UNTUK ANAK IKAN LAGA

Okay,hari ni Admin nak kongsikan kepada semua yang tertanya-tanya.APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK ANAK IKAN LAGA?Lebih-lebih lagi yang berusia 3minggu ke bawah.Mesti ramai yang nak tahu.Ok.dah ramai orang cakap makanan yang sesuai ialah moina/kutu air,microworm,artemia,baby brine shrimp,dan sebagainya.Ye Admin setuju memang semua itu sesuai untuk anak-anak Ikan Laga.

Tapi Admin mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak Ikan Laga .Iaitu Admin memilih AIR PARAMECIUM.

Mesti ramai yang nak tahu apa itu Infusoria paramecium.Okay,Admin akan tunjukkan.Sila lihat gambar dIBAWAH


PARAMECIUM

Ini paramecium yang Admin kultur sendiri.Admin kultur air paramecium ini hanyalah di dalam botol kecil.
Jadi,inilah sebenarnya sumber makanan anak-anak Ikan Laga Admin untuk mereka membesar.Admin hanya beri pada mereka air yang mengandungi paramecium ini 2kali sehari.Iaitu pada waktu pagi sekali dan pada waktu petang sekali.Alhamdulillah semua anak-anak Ikan Laga Admin dapat survive sehingga ke hari ini dan semakin membesar dengan adanya paramecium ini.Untuk pengetahuan anda semua,Admin jarang memberikan anak-anak Ikan Laga dengan kutu air atau moina,kerana musim hujan yang berpanjangan menyebabkan susah untuk mendapatkan moina di sekitar parit.Jadi,pengganti kutu air yang paling ideal bagi Admin ialah Air Paramecium.

Nantikan entri yang seterusnya mengenai Paramecium.


Sabtu, 16 Januari 2016

IKAN LAGA OH IKAN LAGA!



TERNAK IKAN LAGA



Okay.Sebenarnya Admin dah lama jugaklah berkecimpung dalam bidang ternak ikan hiasan ni,terutamanya Ikan Laga.Ada jugak ternak ikan gupi,molly,ikan emas,dll.Tapi yang paling Admin gemar sekali ialah Ikan Laga.haa.Boleh dikatakan hampir 10 tahun la ternak dan bela Ikan Laga.Jadi pada mula-mula masa budak budak dulu.Masa darjah 4,kalau tak silap la.Admin suka sangat tangkap Ikan Laga liar kat sawah.


IKAN LAGA SAWAH

Haa. Lebih kurang macam ni la rupa ikan sawah tu. Tapi sekarang Ikan Laga macam ni dah limited,ye la sebab dulu Admin tinggal kat kawasan sawah. Tanah kiri kanan semua sawah padi,tapi sekarang dah ada banyak perumahan. Jadi susah nak cari ikan macam ni. Sebab itulah sekarang Admin teruskan ternak dan biak ikan laga. Tapi bukan Ikan Laga liar la,sebaliknya Ikan Laga pasaran,iaitu Ikan Laga yang diminati oleh pengemar ikan hiasan.

Jadi di sini Admin nak kongsikan serba sedikit jenis Ikan Laga yang Admin ternak sekarang.Yang ni semuanya original dari Admin sendiri.
ANTARANYA :-

  1. SUPERDELTA
  2. DOUBLE TAIL
  3. HALFMOON PLAKAT
  4. FANCY
  5. ROSETAIL
  6. HALFMOON

Jadi,jenis-jenis yang lain macam crowntail,giant,spade,dan veitail ada jugak Admin ternak dan biak.Tapi tak sempat nak ambik gambar.Yang Admin kongsikan ini hanyalah sebahagian dari kepunyaan Admin.Kebanyakan jenis-jenis kat atas tu semua Admin dah pun berjaya biakkan.Jenis-jenis kat atas tu semua sumber original dari Admin sendiri.Penat jugaklah nak menjaga semua Ikan Laga ni.Tapi diri sendiri rasa seronok dan tak pernah jemu,sebab gembira melihat kecantikan fizikal yang ada pada Ikan Laga tu sendiri.